Hijab menutup diri

by 07.37 0 komentar
USAHA KAMU UNTUK MENYINGKAP KEAIBAN YANG TERSEMBUNYI DALAM DIRI KAMU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA USAHA KAMU UNTUK TERBUKA BAGI KAMU TIRAU GHAIB.

Sekiranya kita mengamati kalam-kalam hikmat yang telah dihuraikan terlebih dahulu, kita akan mendapati bahwa suasana yang terbaik dan kurang baik sering digandingkan. Kita akan lebih cenderung melihat kepada suasana yang terbaik, dengan itu mengarahkan usaha kita menuju ke arahnya. Tetapi, kita tidak terlepas dari pada sifat jahil dan tergopoh gapah. Kita mudah keliru dalam memilih jalan serta tidak sabar menanti hasil yang baik.
Sebelum kita melencung lebih jauh, hikmat 40 ini memberi teguran dan petunjuk jalan yang betul. Kita tidak seharusnya hanya asyik memandang kepada mereka yang dipilih untyk sampai kepada allah swt dan dibukakan kepada mereka ini tabir yang menutup segala keghaiban.
Walaupun kita terpesona dengan pencapaian yang telah mereka peroleh, kita tidak sepatutnya mengarahkan semangat dan usaha gigih untuk mencapai keadaan yang serupa. Sudah menjadi kebiasaan untuk sebahagiaan ahli tarekat mengarahkan amal ibadah dan zikir bagi tujuan menyingkap tqbir ghaib.
Beberapa jenis tabir diamalkan untuk memecahkan hijab-hijab tertentu. Zikir-zikir secara demikian tidak menyampaikan seseorang hamba kepada Tuhannya. Setelah mereka banyak berzikir, namun hati mereka masih berasa jauh dari Tuhan, maka mereka mula-mula berasa berputus asa dan timbullah keraguan didalam hatinya. keadaan yang demikian terjadi kepada orang yang menjadikan zikir sebagai alat untuk memperoleh kedudukan.
Ada pula orang yang menjadikan zikir sebagai alat untuk memperoleh kekeramatan. Di tengah jalan mereka mendapat jazbah khadam lalu di bawa ke alam khadam.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 komentar:

Posting Komentar